Thursday, 24 February 2011

Opick - Tiada Duka Yang Abadi

JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM"



بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".

Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)

baik gunakan,,,ASSALAMUALAIKUM atau ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH...

Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.

Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz“Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”

Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”

dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,

saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.

Jawab salam yang betul ialah ;
“WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;

“WAALAI KUM SALAM”

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata

“Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE ye” contoh lerr…

Dan bukannya : “Kirim salam kat ASHREE yer”

Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.
Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!

Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan“A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform“A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.

Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

* Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”

* Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.

* Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.”Gunakan perkataan “ As Salam” sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum.”

Tolong tag kepada umat Islam yang lain , untuk elakkan diri daripada membuat dosa..

Sekian, semoga ada manfaatnya
[slideshow id=2377900603280265073&w=600&h=475]
[slideshow id=2377900603280265073&w=600&h=475]

Monday, 14 February 2011


Sunday, 13 February 2011

ibarat bunga

Bunga yang kembang dan cantik itu jarang yang wangi... begitulah juga orang yang cantik; kebanyakannya jarang berbudi.


Apabila si gadis dipuji dengan kata-kata, "Awak ni cantiklah," maka akan menguntumlah sekuntum senyuman dibibirnya dan berbungalah hatinya. Tersipu-sipulah ia.
Ah... siapa yang tidak seronok bila dikatakan cantik dan lawa? Begitulah resam manusia, seronok bila dipuji kecewa bila dikeji.



Tetapi lain halnya bagi si mukmin yang merasa dirinya miskin dengan Tuhannya. Terasa kerdil tatkala berhadapan dengan pujian dan sanjungan manusia. Wanita yang cantik selalu ditimpa 'perasan' kerana sedar dirinya punya kelebihan.
Kata orang, wanita cantik banyak mahunya. Diri rasa bangga, seisi dunia mahu digenggamnya. Kalau ia seorang gadis dirinya sanggup menjadi tukaran dengan wang yang beribu. Ada pula yang rela menjadi andartu. Hidup liar bak merpati, senang didekat dan ditangkap lari.



Jika dia seorang isteri yang sedar dan bangga dengan kecantikkannya maka suamilah yang menjadi mangsa. Si suami selalu melutut dan kalah dengan kehendak dan karenahnya. Lebih malang jika si suami pula suka akan kecantikan isterinya. Ia menyayangi isteri atas dasar kecantikannya.


Jadilah suami laksana lembu yang dicucuk hidungnya. Ke mana diarah di situlah perginya, alangkah dayusnya dia. Si isteri yang cantik rupawan akan merajuk dan meragam seandai kemahuannya tidak tercapai, mengugut, merajuk hendak balik kampung atau minta cerai.


Alangkah indahnya jika si isteri tadi, kecantikannya digunakan untuk meniup semangat jihad ke lubuk hati mujahidin. Ketahuilah, keutamaan dan nilai diri seorang wanita sama ada cantik atau tidak adalah pada akhlaknya.
Andai dia seorang isteri, ketaatannya pada suami adalah akhlak yang indah. Wanita yang cantik tetapi tidak berbudi pekerti tinggi, lebih-lebih lagi isteri yang cantik yang derhaka pada suami adalah ibarat bunga raya. Cantik warnanya, harumnya tiada.



Sebaliknya wanita yang kurang cantik tetapi berakhlak mulia, taat suaminya, sentiasa mencari keredhaan-Nya, ibarat bunga cempaka. Tiada rupa tetapi harumnya memikat jiwa.
Antara bunga raya dan bunga cempaka pastilah cempaka diminati orang.
Kasihan si bunga raya, tidak dijual atau dipakai orang. Ibarat gadis murahan yang mempertontonkan kecantikan. Konon nanti ada yang berkenan tetapi tidak sedar diri jadi mainan.


Wanita yang kurang cantik pula jika tidak berakhlak akan meyakitkan hati dan mata. Ibarat bunga yang tidak cantik tidak pula harum dan wangi. Maka tiadalah apa-apa tarikan dan keindahan padanya.
Usah bangga dan usah pula risau akan paras rupa untuk merebut kasih sayang manusia. Tetapi marilah berlumba-lumba untuk menjadi wanita yang bertaqwa dan berakhlak mulia. Nescaya disayangi Allah serta makhluk-makhluk-Nya.

Seharusnya diri yang dikurniakan Allah dengan nikmat kecantikan sentiasa resah jiwanya. Bukan kerana takut luput kurniaan itu dari dirinya. Bukan jua kerana ada yang iri hati dan mahu menganiayai atau menandingi kejelitaannya. Resah adalah kerana menghitung pahala-pahala yang tinggal akibat pujian dan sanjungan manusia yang bakal menjerumuskan dirinya ke jurang neraka.

Mengira-ngira bagaimana untuk meruntuhkan gunung mazmumah (sikap negatif) akibat dari kecantikan diri yang dijulang bagaikan mahkota. Apa lagi jika kecantikan itu hidangan setiap insan, cantik indah tetapi hina terdedah. Menjadi mainan nafsu dan syaitan.


Bersyukur dengan segala nikmat Tuhan. Baik buruk,cantik hodoh itu adalah pemberi-Nya.Yang berwajah cantik atau hodoh sama-sama perlukan persediaan. Akan tiba saatnya jua di mana yang berwajah cantik indah dikerumuni oleh cacing dan ditimbusi tanah di liang lahad yang gelap lagi sunyi.

Tatkala itu bersandinglah manusia dengan kematian. Apakah baru di kala itu mahu diucapkan nikmat iman dan Islam itulah sebesar-besar pemberian Tuhan? Baru sanggup berjuang, berkorban apa saja demi mendapatkannya? Sebelum segala-galanya terlewat sama-samalah kita daki anak-anak tangga menuju ke puncak taubat.

Asal manusia dari setitis mani yang hina. Sehina itulah pula dirimu wahai wanita. Kenangilah nasib diri di hari penghisaban. Segala pinjaman Tuhan itu, untuk apa digunakan. Lunakkan hati, tenangkan perasaan. Lihatlah ke seluruh penjuru alam. Di mana saja mata menjurus di sana ada tanda keagungan Tuhan.

Dongakkan kepala ke langit biru, tundukkan wajah ke bumi yang hijau. Saksikanlah kilauan mentari, percikan cahaya bulan dan bintang. Langit yang dijadikan-Nya tidak bertiang, gunung-ganang tidak berpancang. Usah terlena dibuai keindahan, sesungguhnya pada segalanya itu terkandung pengajaran:

"Dan apa sahaja nikmat yang ada padamu dari Allahlah datangnya, dan bila kamu ditimpa kemudaratan maka hanya pada-Nyalah kamu meminta pertolongan." (Surah An-Nahl: 53)

Saturday, 12 February 2011

Kecantikan lelaki dan wanita Islam



Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani.
Lelaki yang cantik,adalah:-
1)Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
2)Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3)Lelaki yang memberi madu,setelah menerima racun
4)Lelaki yang tenang dan lapang dada
5)Lelaki yang baik sangka
6)Lelaki yang tak pernah putus asa

Kecantikkan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati.Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad S.A.W adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.



Kegagahan Wanita..??
Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan,
tetapi pada kekuatan perasaan.

Perempuan yang gagah,adalah:-
1)Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2)Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3)Perempuan yang tabah menangung kerinduan setelah ditinggalkan
4)Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.
Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman.
Seluruh kegagahan yang ada pada Sayidah Khadijah R.A adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.




Sabda Rasulullah S.A.W:-
" Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"

Friday, 11 February 2011


Thursday, 10 February 2011

sekadar renungan...

"adik o0 adik..bngun eh mandi,solat.." kejut ibuku "hurm...ok" balasku... alhamdulillah... selesai juga satu amanah ALLAH hari..solat subuh.. Cantik dan bergaya hari ini...'excitednyew nak gy skola...' Detik hatiku. "Adik,sarapan jom.." pelawa ibuku. "hurm,tak pew la mak.Adik nak bawa bekal jerk hari ini.Wah! mee goreng.. sedapnya mak.Adik bawa bekal ok..?" soalan manja dariku. "Bawalah adik..." Selepas aku mencium tangan ibuku, laju langkah menuju ke kerete. "Assalammualaikum, abah..!" terselit sekuntum senyuman di bibirku. Senyumku seindah suria pagi ni.

"Eh! awak bawa apa sarapan pagi ni.." tanya Aida padaku. hurm..Aida adalah teman baikku.Dialah tempat aku berkongsi masalah. "isyh dia nie au..hang bawa pew sarapan pagi ni cik kak oiii.." "kihkihkih...saya bawa mee goreng la..cik addik oiii..,awak bawa pew pagi nie...?? " "hurmm..nasi goreng jerk..kite share eh.." "ok beress.." hahhahaaaha...  Riang tawa kami memecahkan sunyi pagi hari.

Kringggggggg!!!! loceng sekolah berdering. 'Yes,alhamdulillah tamat juga study hari ini' Ku capai planner dalam beg sekolahku..'hari Rabu..hurm..Alamak!! ECA la hari ni.. nak call mak la..' monolog hatiku..
~Dihati ini,hanya tuhan yang tahu...dihati ini aku rindu padaMu..~ "hello, assalammualaikum,mak adik ni." "Waalaikummussalam, ha adik nak ape..?" "Mak hari ini adik balik lewat sikit eh..ada ECA" "ok, jaga diri baik-baik.Assalammualaikum adik" "Waalaikummussalam.."

"Assalammualaikum mummy~" Waalaikummussalam,masuk la.." "ngeee...hari ni kite nak buat apa ECA mummy..?? " "hurm..cam biase dance" Alamak!!! detik hatiku... "Kenapa??" "Tak ada apa-apa mummyyyyy" kihkhihkkih...riang tawa ku sendiri... 'Fuh,tamat suda ECA hari ni' keluhku. "hurm..hari ni mummy belanja makan nak tak..??" "nakkk!!!" serentak jawapanku dengan yang lain. "makan apa mummy..?" "adalah.."

"Wah! kenyang nyeww hari ni,alhamdulillah..thank you mummy" "kenyang eh...bagus la..makan-makan..Jom mummy hantar balik" "jommm,mummy nie bukan minum petang,ni dah makan malam da nie..Kenyang.." 'Duduk di sit sebelah driver bukan senang,kene pakai tali pingang la.' rungutku di dalam kalbu. 'Balik ni mesti penat..fuh nak wat homework la...banyak lagi yang tak siap nie.' Perlahan-lahan hatiku merancang activities selepas nie.

Ting tongggg!! "Assalammualaikum mak.." "Waalaikummussalam,da balik da.." Jam ditangan sudah menunjukan hampir jam 7.00 malam. "Adikkk!!! makan jom.Panggil abah sekali" teriak ibuku. 'isyh,kenyang da ni..tapi..klu tak makan mesti mak kecewa.Penat mak masak.Makan sikit la..' menolog ku sendirian. "Abah, jom makan.." "yum...sedapnya mak..." ibuku hanya mampu tersenyum gembira. 'Alhamdulillah, mudah-mudahan aku tidak mengecikan sekeping hati. Ya ALLAH,Kau berilah kesejahteraan kepada ibubapaku..' Doaku dalam hati.

'Hay,siapakah gerangan tuan hamba di dalam cermin ni ha...Muka la serupa,tapi tembam sikit kot.. hahahahha' gelakku. Sempat lagi aku berdialog kt toilet nie au.Setelah selesai mengambil wuduk..'Time to sleepppppp,yeay..relax time' hurmmm,isyh makin tembam aku rase pipi ni.Hurmmm tak peww...hari lebih makan sikit kot. Hahahahaa... Sebelum aku pejamkan mataku...aku ingin sangat kau tahu ni...
'sayaa sayangg makk...mak,nanti klu tiba-tiba adik tembam...jgn salahkan adik au,sebab mak masak sedap sangat.Mak, andai ada peluang adik nak say thank you so muchh!! masak tu an penat.. Asdik tak kisah pon klu adik nie tembam,asalkan adik tak mngecewakan sekeping hati..iaitu..hati makkk!!!'




   ~Ramai orang yang lebih risau kenaikan berat badan daripada risau mngecewakan sekeping hati ibu yang mengandungkan & melahirkan kita selama 9 bulan 9 hari...~  

RENUNGKANLAH...
               










Monday, 7 February 2011

panduan ummah









Betapa sayang nya Allah pada kita sehingga di dalam al-Quran diselitkan
dengan motivasi supaya hamba-hambaNya ini tabah dalam menghadapi segala dugaan sebelum menuju ke perhentian abadi…sebarkan kalam Allah ini kepada seberapa ramai kawan2 kita,saudara-mara kita seislam.yakinlah dengan janji2 Allah ini kerana Allah adalah sebaik-baik yang memenuhi janji.

  • Kenapa aku diuji..???


“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan;”Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta.”
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

  • KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?


“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”
-Surah Al-Baqarah ayat 216

  • KENAPA UJIAN SEBERAT INI?


“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan
kesanggupannya.”
-Surah Al-Baqarah ayat 286

  • RASA FRUST?


“Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman.”
- Surah Al-Imran ayat 139

  • BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?


“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).”
-Surah Al-Imran ayat 200

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan
mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk”
-Surah Al-Baqarah ayat 45

  • APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
 
“Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu’min, diri, harta mereka
dengan memberikan syurga utk mereka… ..
-Surah At-Taubah ayat 111

  • KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?


“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya
aku bertawakkal.”
-Surah At-Taubah ayat 129

  • AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!
 
“… ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada
berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.”
-Surah Yusuf ayat 12





Sunday, 6 February 2011

Opick feat Amanda Maha Melihat By Nury

Saturday, 5 February 2011

ibarat epal




"Wanita itu ibarat epal. Buah yang tidak berkualiti amat mudah dipetik.Ia beguguran di tanah.Tapi epal yang tidak mampu dibeli, berada dipuncak.Susah dipetik susah digapai.Mahkota seorang gadis adalah sifat malu.Apabila hilang sifat malu,hancurlah maruahnya.Mereka sanggup jatuhkan martabat tingginya supaya dijamah orang lain. Jgn rendahkan dirimu ke tanah semata-mata untuk dipetik. Engkau ditakdirkan Allah berada diatas krn hanya lelaki yang betul-betul layak dan berani sahaja dapat menggapai epal yang berada dipuncak itu.Seandainya engkau tidak dipetik didunia ini,mungkin jodohmu menanti di syurga sana…Ingatlah, bagi wanita maruah adalah segala-galanya."




Pesanan buat diri dan juga shbt2 yg kucintai krn Allah..jgnlah takut andai tiada lelaki yg mdekati krn jodoh kita da pasti di tentukn Allah di luh mahfuz sne..kalo pn tiada di dunia ni bsgka baiklah pd Allah..kerana mgkn tiada lelaki yg layak digndingkn dgn kita di ats muka bumi ini..atau mgkn sj Allah telah tentukn jodoh kita di syurga menanti..jgn tlalu terbuai dgn manisnya bicara jejaka yg blum tentu milik kita..kerana lelaki yg bnar2 baik xkn mgkin buat kita lalai n mjauhkn kita dr Allah..lelaki yg baik xkn berkata2 laghah dgn perempuan tanpa apa2 kepentingan..ingatlah syaitan tak pernah rehat juga tidur utk menyesatkan kita umat manusia..syaitan akan mbuat sgala cara sehingga menampakkn dosa maksiat jd suci..bagaimana nk mbezakannya tepuk dada tanyalah iman..yg pastinya Islam itu mudah..yg salah tetp jelas slhnya dan yg benar tetp jelas bnarnya tiada istilah 50% dlm islam..kerana ragu2 itu juga mrupakan tipu daya syaitan..


sayangi diri hiasi peribadi teguhkan iman jauhkn kemungkaran..kita mampu mengubahnya

Pemergianmu - Inteam

pemergianmu

Kau masih tersenyum... mengubat lara..
selindung derita yang kau rasa...
senyuman yang mententeramkan...
setiap insan yang kebimbangan...

hakikatnya tak tertanggung lagi derita...
di pangkuan isterimu Humaira...
menunggu saat ketika nya...
diangkat rohmu bertemu..
Yang Esa...

tangan di celup..
 di bejana air...
kau sapu di muka...
mengurangkan pedih..
beralun zikir menutur kasih
pada umat..dan akhirat..

dan tibalah..waktu ajal bertemu...
penuh ketenangan...jiwamu berlalu
linangan air mata syahdu..
iringi pemergianmu..

oh sukarnya untuk umat menerima...
bahkan payah untuk Umar mempercaya..
tetapi iman merelakan jua..
bahawa manusiakan mati akhirnya...

tak terlafaz kata mengungkap hiba...
gerhanalah seluruh semesta..
walaupun kau telah tiada..
bersemarak cintamu selamanya..

Dan tibalah waktu ajal bertemu..
penuh ketenangan jiwamu berlalu..
linangan air mata syahdu...
iringi pemergianmu...

oh sukarnya untuk umat menerima..
bahkan payah untuk Umar mempercaya..
tetapi iman merelakan jua..
bahawa manusiakan mati akhirnya...

Ya Rasulallah..
kau tiggalkan kami warisan yang abadi...
dan bersaksilah...
sesungguhnya kami merinduimu....

Follow This Blog