Saturday, 22 January 2011

...::: Muhammad...Masyaallah :::...

Beberapa hadis telah diriwayatkan untuk menyatakan beberapa
kelebihan bagi anak-anak yang dinamakan Muhammad atau Ahmad
mudah-mudahan menggalakkan orang-orang menamakan anak mereka dengan
salah satu nama-nama itu. Daripada Anas bin Malik r.a. bahawa
Rasulullah saw telah bersabda : "Akan berdiri dua orang hamba Allah
di
hadapan Allah Ta'ala di padang Mahsyar lalu Allah Ta'ala memerintahkan
kedua-dua mereka masuk syurga maka berkatalah mereka berdua : "Hai
Tuhan
kami bagaimanakah kami berhak masuk syurga?

Lalu berfirman Allah Ta'ala : "Hai hambaKu berdua,
masuklahkedua-dua kamu ke dalam Syurga kerana Aku telah bersumpah
kepada
diriKu bahawa orang yang namanya Ahmad atau Muhammad itu tidak akan
masuk Neraka." Dan telah diriwayatkan daripada Ja'far bin Muhammad
bahawa apabila berlaku Hari Kiamat maka akan berteriak satu teriakan.
"Bangunlah hai sesiapa yang namanya Muhammad dan masuklah ke dalam
syurga sebagai penghormatan agung kepada Nabi Muhammad saw." Dan pada
suatu riwayat yang lain pula bahawa akan berteriaklah suatu yang
berteriak pada Hari Kiamat: "Hai Muhammad," lalu Nabi saw pun
mengangkat
kepalanya pada tempat itu maka Allah Ta'ala pun berfirman :
"Saksikanlah
bahawa Aku mengampunkan tiap-tiap sesiapa yang namanya sama dengan
nama
Muhammad" Dan daripada Ali bin Abu Talib k.w. bahawa ia telah berkata
:
"Tidak ada suatu hidangan makanan yang disimpan lalu datang hadir
padanya seorang yang namanya Ahmad atau Muhammad melainkan Allah
Ta'ala
memuliakan rumah itu dua kali ganda." Telah diriwayatkan oleh Ibnu Abi
Malikah daripada Ibnu Juraij daripada Nabi saw yang telah bersabda :
"Barangsiapa ada isteri yang sedang mengandung dan bercita-cita hendak
menamakan anak yang masih di dalam rahim itu Muhammad maka Allah
Ta'ala
akan mengurniakan kepadanya anak lelaki dan jika ada seorang yang
bernama Muhammad di dalam sebuah rumah nescaya Allah Ta'ala
mengurniakan
berkat di dalam rumah itu" Telah bersabda Nabi saw lagi : "Apabila
kamu
namakan seseorang itu Muhammad maka hendaklah kamu hormatkan dia dan
lapangkan tempat baginya di dalam sesuatu majlis dan jangan masamkan
atau hodohkan mukamu kepadanya."

0 comments:

Post a Comment

Follow This Blog